Pages

Friday 7 December 2012

MOTOR KASAR LOKOMOTOR

Seperti yang kita telah kita ketahui, kemahiran motor adalah tindakan yang melibatkan pergerakan otot-otot badan.Bagi motor halus,seperti yang telah dijelaskan sebelum ini,ia melibatkan tindakan otot kecil yang minima seperti mengenggam jari tangan atau mengerakkan lidah bagi merasa sesuatu. Aktiviti pergerakan manipulatif dalam motor kasar ini adalah tindakan yang melibatkan pergerakan yang besar seperti gerakan anggota tangan, kaki tau keseluruhan bahagian badan.Contohnya,kanak-kanak yang merangkak,pergerakan ini melibatkan gerakan tangan, tangan kaki, punggung dan bahagian badan yang lain.Oleh itu,dalam pergerakan seperti ini, kita dapat melihat dan mengetahui koordinasi yang berlaku antara motor kasar dan motor halus. Selain itu,gerakan motor kasar dalam pergerakan manipulatif ini juga memerlukan pengawalan keseimbangan dan koordinasi dengan organ deria yang lain seperti mata dan sentuhan. Kemahiran motor kasar kanak-kanak dalam pergerakan manipulatif dapat ditingkatkan dengan memberi peluang kepada mereka melakukan pelbagai aktiviti. Aktiviti yang dirancang tersebut perlu melibatkan kanak-kanak untuk melakukannya dalam keadaan yang berbeza dari segi kedudukan badan mereka.Selain itu,tahap kesukaran aktiviti tersebut juga boleh ditingkatkan berdasarkan penguasaan kanak-kanak itu.Kanak-kanak akan berasa seronok sekiranya aktiviti yang dirancang tersebut mencabar dan berbeza sedikit dari kemahiran yang telah mereka peroleh. Contoh pergerakan dan kemahiran motor kasar: a) Berlari dengan lakuan yang betul - Berlari dengan tangan dihayun bertentangan dengan kaki - Berlari dengan bebola kaki - Kepala dan mara menghadap ke belakang - Ayun tangan ke hadapan dan belakang b) Berjalan dengan lakuan yang betul - Langkah kali hendaklah berselang seli dengan pergerakan hayunan tangan - Hujung kaki hendakalh sentiasa menghadap ke hadapan _ Mata dan kepala hendaklah sentiasa fokus ke hadapan c) Merangkak dengaan lakuan yang betul d) Berketenteng (hop) dengan lakuan yang betul e) Melompat drngan lakuan yang betul -Melompat dengan dua kaki dan mendarat juga dengan dua kaki. - Semasa mendarat lutut fleksi untuk serap daya - Tangan dihayun untuk mendapatkan ketinggian dan jarak f) Skip dengan lakuan yang betul - Melangkah dengan sebelah kaki - Lutut diangkat separas pinggang -Menapak dan melompat dengan kaki yang sama, diikuti melangkah dengan kaki yang sebelah lagi.